Mr. Podas

PAS Bacul, Menikus dengan DAP

In Ubat Gegat on August 13, 2009 at 5:36 pm

Setelah melihat situasi yang berlaku pada Pakatan Rakyat SELANGOR.. terasa sebak dan pilu hati ini bila melihatkan telatah yang dimainkan oleh pemimpin PAS SELANGOR. Mereka kini seolah-olah bacul, nusyuz, penakut kepada Adun DAP sehingga sanggup diperlekehkan dengan pelbagai cara. Kes terbaru yang amat menguji kesabaran aku sebagai ahli PAS ialah campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu. Tindakan RONNIE LIU yang mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas rasmi mereka. Sememangnya tugas mereka melaksanakannya apabila mendapat lapuran dari penduduk kerana penjualan “BEER” kepada orang ISLAM. Pada mulanya aku amat berbangga dengan desakan PAS supaya jawatan EXCO yang diperuntukkan kepada RONNIE LIU ditarik balik dan diserahkan kepada MB SELANGOR. Tetapi ianya hanya sementara… apabila KHALID IBRAHIM tidak bersetuju dengan cadangan itu , malah menempelak penduduk di kawasan tersebut .. katanya tidak mengikut saluran yang betul… pendirian aku mula goyah.. Apakah PAS SELANGOR sanggup menerima penghinaan sebegini rupa.. Di manakah KHALID IBRAHIM tatkala ini… kejahilannya telah memberikan ruang kepada DAP untuk memulangkan paku buah keras dengan mendesak supaya HASAN ALI dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkan kenyataan terhadap RONNIE LIU. Akhirnya HASAN ALI mengalah dengan mengeluarkan kenyataan pada 10 OGOS dengan PAS SELANGOR menegaskan bahawa tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor RONNIE LIU digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Oh Tuhan… lihatlah.. bagaimana hukum tuhan dipermainkan. Hanya kerana pangkat, darjat, jawatan.. akhirnya PAS SELANGOR tunduk kepada DAP. Lihatlah bagaimana DAP menjalankan dakyahnya sehinggakan setiap ADUN PAS dan PKR mengikut telunjuk mereka. Memang diakui bahawa jumlah ADUN PAS di SELANGOR adalah yang paling kecil, tetapi harus diingat bahawa jumlah penyokong PAS yang paling ramai. Memang tak masuk dek akal … jumlah penyokong paling ramai tetapi mendapat jumlah kerusi paling sikit???…. Yang kena akhirnya UMNO juga… PAS katakana UMNO punca segalanya…ianya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu. Bukankah kini PAKATAN RAKYAT berkuasa?.. Tunjukkan kepada rakyat keikhlasan PAS menegakkan ISLAM di SELANGOR.. bukan hanya mengikut bontot DAP. PAS ohhh PAS….. INIKAH YANG DIKATAKAN ISLAM IKUTANKU???… DENGAN DAP PUN DAH TERSUNGKUR LAYU……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: