Mr. Podas

Archive for October, 2010|Monthly archive page

Galas buat PAS Gelisah..

In Ubat Gegat on October 28, 2010 at 7:19 pm

Galas menyaksikan kegelisahan PAS dalam menghadapi pengarah pilihanraya BN Ku Li dan calon BN Saudara Abdul Aziz kerana kekurangan isu dan menangung liabiliti kesan daripada mantan ADUN Galas Che Hashim yang banyak meninggalkan janji yang sehingga kini tidak tertunai.

Pada mulanya sebelum tiba ke sini anggapan Pisau ,Gua Musang sebuah pekan kecil yang agak ketinggalan zaman.Namun segalanya jauh meleset apabila melihat sekitar Pekan Baru yang dibanggunkan oleh KESEDAR oleh Ku Li.

Pekan Baru yang dibarisi barisan kedai dan prasarana yang baik dan menjadi pusat ekonomi orang melayu di Gua Musang. Pekan Baru menjadi bukti bahawa pembangunan pesat yang dinikmati oleh penduduk sekitar Gua Musang.Justeru adalah tidak menghairankan apabila Ku Li dapat mempertahankan kerusi sebagai ahli parlimen Gua Musang semasa PRU12.

PAS menyedari agak sukar untuk mendabik dada dalam isu pembangunan Gua Musang,walaupun menjadi pemerintah di Kelantan namun mereka hanya mampu memberikan janji janji yang tak tertunai sehingga sekarang.

Adalah tidak menghairankan sejak awal awal lagi PAS cuba membangkitkan janji BN di Manek Urai dalam masa yang sama cuba mengaitkan Gua Musang.Agak memalukan PAS Kelantan hanya mampu menjanjikan semak samun buat rakyat Gua Musang.

Sebaliknya TPM baru saja melancarkan PPR Kos Rendah yang sudah dirancang dan diluluskan sejak 2009. Kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan dan bukti BN amat prihatin.Husam Musa mempertikaikan kos pembinaan PPR di Gua Musang adalah tinggi.

Itulah kerja Hussam dan PAS,hanya tahu mempertikaikan BN yang sentiasa membantu rakyat.Selama ini apa yang kerajaan negeri Kelantan bantu untuk penduduk Galas?Selama ini puluhan juta wang hasil balak dijarah disekitar Gua Musang oleh Takiyudin . Ke mana perginya hasil balak untuk pembangunan Gua Musang?

Advertisements