Mr. Podas

Archive for the ‘Ubat Gegat’ Category

Galas buat PAS Gelisah..

In Ubat Gegat on October 28, 2010 at 7:19 pm

Galas menyaksikan kegelisahan PAS dalam menghadapi pengarah pilihanraya BN Ku Li dan calon BN Saudara Abdul Aziz kerana kekurangan isu dan menangung liabiliti kesan daripada mantan ADUN Galas Che Hashim yang banyak meninggalkan janji yang sehingga kini tidak tertunai.

Pada mulanya sebelum tiba ke sini anggapan Pisau ,Gua Musang sebuah pekan kecil yang agak ketinggalan zaman.Namun segalanya jauh meleset apabila melihat sekitar Pekan Baru yang dibanggunkan oleh KESEDAR oleh Ku Li.

Pekan Baru yang dibarisi barisan kedai dan prasarana yang baik dan menjadi pusat ekonomi orang melayu di Gua Musang. Pekan Baru menjadi bukti bahawa pembangunan pesat yang dinikmati oleh penduduk sekitar Gua Musang.Justeru adalah tidak menghairankan apabila Ku Li dapat mempertahankan kerusi sebagai ahli parlimen Gua Musang semasa PRU12.

PAS menyedari agak sukar untuk mendabik dada dalam isu pembangunan Gua Musang,walaupun menjadi pemerintah di Kelantan namun mereka hanya mampu memberikan janji janji yang tak tertunai sehingga sekarang.

Adalah tidak menghairankan sejak awal awal lagi PAS cuba membangkitkan janji BN di Manek Urai dalam masa yang sama cuba mengaitkan Gua Musang.Agak memalukan PAS Kelantan hanya mampu menjanjikan semak samun buat rakyat Gua Musang.

Sebaliknya TPM baru saja melancarkan PPR Kos Rendah yang sudah dirancang dan diluluskan sejak 2009. Kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan dan bukti BN amat prihatin.Husam Musa mempertikaikan kos pembinaan PPR di Gua Musang adalah tinggi.

Itulah kerja Hussam dan PAS,hanya tahu mempertikaikan BN yang sentiasa membantu rakyat.Selama ini apa yang kerajaan negeri Kelantan bantu untuk penduduk Galas?Selama ini puluhan juta wang hasil balak dijarah disekitar Gua Musang oleh Takiyudin . Ke mana perginya hasil balak untuk pembangunan Gua Musang?

Advertisements

PAS Bacul, Menikus dengan DAP

In Ubat Gegat on August 13, 2009 at 5:36 pm

Setelah melihat situasi yang berlaku pada Pakatan Rakyat SELANGOR.. terasa sebak dan pilu hati ini bila melihatkan telatah yang dimainkan oleh pemimpin PAS SELANGOR. Mereka kini seolah-olah bacul, nusyuz, penakut kepada Adun DAP sehingga sanggup diperlekehkan dengan pelbagai cara. Kes terbaru yang amat menguji kesabaran aku sebagai ahli PAS ialah campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu. Tindakan RONNIE LIU yang mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas rasmi mereka. Sememangnya tugas mereka melaksanakannya apabila mendapat lapuran dari penduduk kerana penjualan “BEER” kepada orang ISLAM. Read the rest of this entry »

ANUGERAH KHAS .. PELAKON SEPANJANG ZAMAN.

In Ubat Gegat on July 17, 2008 at 4:22 pm

Anwar sememangnya boleh dinobatkan sebagai pelakon terbaik sepanjang zaman oleh anugerah perfileman di negara kita. Perkara ini patut di usulkan oleh senator Datuk Jins Shamsuddin semasa perbahasan di parlimen semasa persidangan akan datang. Namun, akhir – akhir ini kita dapat lihat lakonan beliau semakin terbongkar dengan kebodohan skrip – skrip yang beliau dan kuncu – kuncunya reka sendiri. Antara lakonan – lakonan ANWAR yang akan dikenang sepanjang zaman nanti adalah seperti :-

  • ANWAR sebelum ini sedia BERSUMPAH jika ianya perlu, namun setelah SAIFUL juga bersedia untuk bersumpah bersama ANWAR menyebabkan beliau berdalih untuk tidak bersumpah dengan menyatakan bahawa beliau telah mendapat pandangan ulama dari dalam dan luar Negara supaya tidak mempermainkan SUMPAH dengan nama ALLAH.

  • Penulis meramalkan Anwar Ibrahim telah mula menggunakan taktik lazim beliau apabila berdepan dengan isu-isu yang mampu mengganggu gugat karier politik beliau iaitu beliau akan MENYAMAN.
  • Melarikan diri ke kedutaan Turki dengan mereka – reka cerita bahawa beliau akan DIBUNUH dan nyawanya dalam bahaya. Namun sehingga sekarang ANWAR bebas menari – nari dan terkinja – kinja di atas pentas berceramah tanpa sebarang kawalan keselamatan yang ketat. Mana yang dikatakan nyawanya terancam?
  • Keengganan Anwar memberikan sampel untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) ketika di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi atas alasan kerana tidak mahu DNAnya DIMANIPULASIKAN. Bukankan beliau ditemani oleh peguamnya dan pihak hospital telah memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan dengan mengikut prosedur dan professional.

Namun saya juga ada mendapat info HEARSAY ( tapi saya tidak akan membuat akuan bersumpah seperti Raja PET dan BALA) mengenai punca Anwar Ibrahim melarikan diri ke Kedutaan Turki dimana seorang ahli perniagaan permaidani berbangsa Turki yang telah tinggal di negara ini sejak berpuluh tahun lalu, yang mempunyai kecenderungan seks kepada sesama lelaki (homo sexual) , telah menjadi amat akrab dengan Anwar Ibrahim sejak begitu lama, dan beliau inilah yang mengaturkan Anwar menyeludup masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Allahualam.!

– Ubat gegat –