Mr. Podas

Posts Tagged ‘DAP’

PAS Bacul, Menikus dengan DAP

In Ubat Gegat on August 13, 2009 at 5:36 pm

Setelah melihat situasi yang berlaku pada Pakatan Rakyat SELANGOR.. terasa sebak dan pilu hati ini bila melihatkan telatah yang dimainkan oleh pemimpin PAS SELANGOR. Mereka kini seolah-olah bacul, nusyuz, penakut kepada Adun DAP sehingga sanggup diperlekehkan dengan pelbagai cara. Kes terbaru yang amat menguji kesabaran aku sebagai ahli PAS ialah campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu. Tindakan RONNIE LIU yang mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas rasmi mereka. Sememangnya tugas mereka melaksanakannya apabila mendapat lapuran dari penduduk kerana penjualan “BEER” kepada orang ISLAM. Read the rest of this entry »

Advertisements

KENAPA ANWAR PILIH PERMATANG PAUH

In Uncategorized on August 8, 2008 at 3:14 pm

Sebelum pembubaran PERMATANG PAUH yang dibuat oleh SPR, kita telah dicanangkan dengan pelbagai cerita oleh ANWAR… Akan bertanding di KULIM laa.. kemudian SEBERANG JAYA laaa… tapi akhirnya dia memilih PERMATANG PAUH.

ANWAR juga pernah berkata bahawa proses pilihanraya bagi membolehkannya bertanding tidak akan diambil dari mana-mana kawasan yang telahpun dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT pada PRU 12 yang lalu. Tetapi apa yang berlaku kini benar-benar kontra dengan apa yang ANWAR telah suarakan dulu. Apakah muslihat ANWAR???

Macamana nak jadi seorang pemimpin kalau bercakap selalu tak benar?.. bohong… dan menganggap pilihanraya adalah satu mainan. Adakah dia berfikir bahawa dia telah menyusahkan rakyat di PERMATANG PAUH yang terpaksa mengundi sekali lagi. Apakah rakyat di PERMATANG PAUH akan terus ditipu lagi. Setakat ini, aku tak nampak pun sebarang pembangunan yang dilaksanakan oleh WAN AZIZAH semasa menjadi AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH kerana apa yang aku lihat WAN AZIZAH sentiasa berada di KL pada setiap masa bagi menemani suaminya yang baru dituduh dengan kes LIWAT. Kalau lah ANWAR yang memenangi Kerusi Parlimen , masa bertambah sengsaralah rakyat PERMATANG PAUH. Apakah mereka mahu seorang PELIWAT dan penyokong kuat AMERIKA SYARIKAT memerintah MALAYSIA yang tercinta ini.

Sebenarnya ada muslihat kenapa ANWAR menjadikan PERMATANG PAUH sebagai hub bagi membolehkan dia melangkah kehadapan seterusnya. Tentu kita masih ingat tarikh KERAMAT yang dilaungkannya iaitu 16 SEPT 2008 di mana pintu akan terbuka luas kepadanya bagi melangkah ke PUTRAJAYA dan menjawat jawatan PERDANA MENTERI. Bayangkanlah WAN AZIZAH yang kini menjadi KETUA PEMBANGKANG terpaksa menarik diri bagi memberikan jalan kepada ANWAR. Bukankah ini satu permainan politik yang paling kotor yang pernah aku tengok. Bagaimana dia yang telah dilantik oleh rakyat yang mahukan dia berkhidmat dengan baik dan jujur… tetapi telah mempolitikkan keadaan dengan membenarkan ANWAR menggantikan tempatnya. Hanya PERMATANG PAUH sahaja tempat yang boleh dia lakukan walaupun terpaksa mengorbankan isterinya dari agenda politik.

ANWAR juga kini berada dalam keadaan amat tersepit….. kesukaran yang amat ketara apabila kes tuduhan liwat mula dilakukan pertuduhan serta mula mendapat liputan luas oleh pihak media dan elektronik. Bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kes LIWATnya dari menjadi bualan hangat , maka dia terpaksalah mengadakan konpirasi sebegini. Tambahan pula kenyataannya bahawa akan berlaku Ahli Parlimen BN akan lompat parti bagi membolehkan PAKATAN RAKYAT memenangi majoriti kerusi Parlimen. Semuanya terpaksa dilakukan sebelum 16 SEPT 2008.

Pernahkah ANWAR berfikir bahawa proses lompat parti boleh berlaku sebaliknya iaitu Ahli Parlimen BA akan lompat parti ke UMNO??. Segalanya berkemungkinan kerana Ahli Parlimen dalam PAKATAN RAKYAT kini sudah tahu bahawa perjuangan PKR bersama DAP akan memberikan impak yang buruk kepada masyarakat melayu. Tindakan ANWAR yang menghalalkan pelbagai tindakannya bagi membolehkan dia memegang jawatan PM.

Aku seru .. semua rakyat PERMATANG PAUH… Janganlah undi ANWAR ..kerana dialah yang bakal merosakkan orang MELAYU.

PAS AKAN TERUS DITEKAN…DAN DIANAK TIRIKAN

In Uncategorized on August 3, 2008 at 2:45 pm

Apabila keputusan PAS menolak pelawaan UMNO untuk bergabung di Kerajaan Negeri PERAK, aku sudah nampak bagaimana wajah LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH dan semua orang kuat DAP. Masing- masing mendongakkan muka sambil mendabik dada menyatakan bahawa PAS akan terus berada dalam telunjuk mereka.

Alasan mereka , kalau PAS nak bergabung dengan UMNO, mereka boleh lakukan semasa pertemuan sulit PAS UMNO sebelum penubuhan Kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR dulu. Harus diingat bahawa itu cuma penubuhan Kerajaan saja tanpa melihat corak pemerintahan. Kini terbukti .. pemerintahan PAKATAN RAKYAT telah menyimpang jauh dari matlamat sebenar PAS. Lihatlah bagaimana kejadian yang berlaku di KLANG , terdapat lebihkurang 5 keluarga bukan ISLAM telah menuntut supaya dibinakan rumah ibadat mereka.

Aku rasa kalaulah di zaman pemerintahan UMNO/BN dahulu, perkara sebegini tidak akan dilayan, tetapi dalam PAKATAN RAKYAT … ianya dibenarkan tanpa memikirkan sensitiviti kaum. Apa yang PAS lakukan…dalam PAKATAN RAKYAT??. Aku rasa kalau setakat menjadi Parti kelas ke DUA…. Memanglah tak mencapai hasrat mereka mewujudkan sebah negara yang menjalankan hukum ISLAM.

Rasa-rasanya .mana lebih senang untuk PAS mengembangkan syiar ISLAMnya di MALAYSIA. Dengan DAP kah atau dengan UMNO kah?… Janganlah dilihat terlalu ghairah hendak merebut pangkat sehingga mengabaikan kepentingan orang MELAYU dan ISLAM. Terdapat banyak perlantikan jawatan dalam PAKATAN RAKYAT yang telah dibuat tanpa mengambil kira kepentingan PAS dan orang MELAYU.

PAS akan terus ditekan, tidak dipedulikan dalam mengeluarkan polisi-polisi, yang hanya menonjol ialah DAP dan sedikit dari PKR…… Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Setiap kalau nak keluarkan apa-apa polisi , PAS akan diberitahukan setelah selesai . Inikah yang dikatakan rakan Kongsi????. Memerlukan PAS kerana kegilaan memegang jawatan…. Dan PAS bagaikan budak kecil yang diberikan gula..gula bagi merestui setiap projek yang DAP/PKR nak lakukan.

Sedarlah PAS,,, bangunlah dari tidurmu ……. JGN JADI HAMBA lagi…. JGN jadi parti politik kelas kedua.. yang hanya bergantung kepada DAP/ PKR. Wallahuklam….

PAS-UMNO “PENGKHIANATAN TERBUKA”…BENARKAH BEGITU???

In Uncategorized on August 1, 2008 at 2:15 pm

Benar-benar kelakar bila aku terbaca kenyataan oleh Setiausaha DAP SELANGOR, LAU WENG SAN. Katanya DAP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.

Adakah patut dia kata macam tu kepada PAS setelah apa yang DAP dan PKR lakukan pada PAS?. Apakah PAS parti politik kelas ke DUA sehingga apa jua keputusan yang telah dibuat dengan membelakangkan PAS sebagai rakan kongsi dalam PAKATAN RAKYAT.

Aku rasa sepatutnya DAP yang patut sedar diri kerana kalau bukan kerana sokongan majoriti ahli-ahli PAS , mana mungkin DAP boleh menang dengan begitu banyak. Kalau kawasan bandar DAP boleh menang kira patutla … tapi kawasan majoriti MELAYU pun DAP boleh menang. DAP lah yang sebenarnya yang mengkhianati para pengundi MUSLIM. Mana ahli PAS yang sanggup terima apa yang telah dilakukan oleh DAP kepada PEMIMPIN mereka. PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS dipandang hina ..seolah-olah pendekatan ISLAM tidak akan diterima sama sekali oleh PAKATAN RAKYAT.

Macammana DAP yang begitu biadap mempermainkan ISU AGAMA …. ISU KEMELAYUAN.. .. ISU BABI.. boleh diterima oleh PAS?… PAS dah tak sanggup sebenarnya bersekongkol dengan DAP. Kalau dengan UMNO , PAS boleh letakkan SYARAT mewujudkan HUKUM HUDUD dan KISAS.. tetapi PAS tak mampu lakukan kepada DAP.. Buat apa PAS nak teruskan hubungan dengan DAP??…. Memang tak masuk dek akal…… Aku lihat tak ada orang MELAYU dan ISLAM yang akan menentang penggabungan PAS –UMNO yang dilihat akan menguatkan kembali penyatuan orang MELAYU. Tak ada pun orang MELAYU yang setuju kerjasama PAS dan DAP. Semua orang tahu bahawa sekarang ini .. orang MELAYU terlalu rapuh, bergaduh sesama sendiri….. dan semua tu tak lain dan tak bukan sentimen yang dimainkan oleh DAP.

DAP hanya mahu menggunakan PAS dalam menjayakan agenda JAHAT mereka. Nasib baik PAS mula sedar dari lena mereka. APA yang kita boleh lihat ialah sebenarnya DAP memang tak boleh sebulu dengan PAS… tapi demi menjayakan agenda JAHAT kepada orang MELAYU, mereka terpaksa kelihatan seperti seiringan dengan PAS. Dalam diam-diam mereka mainkan sentimen dengan menjadikan PAS sebagai orang tengah dalam mendesak kerajaan BN….. tak kira dalam apa bidang sekalipun. DAP pula… dengan senyap-senyap dan mudah memperolehi peruntukan 100 JUTA untuk projek BABI, dapat status tanah di PERAK.. dan macam-macam lagi.

AKU memang benci dengan DAP…… PEMUSNAH MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA. Aku SAYANG MELAYU…. Hidup MELAYU….

KARPAL SINGH dan PAKATAN RAKYAT DAH MULA MELATAH….

In Uncategorized on July 28, 2008 at 8:00 pm

Sejak bila pula PAS nak kena minta kebenaran dengan DAP dan PKR untuk bermuqabalah dengan UMNO??.. Sebelum ini pun ada ker DAP dan PKR meminta kebenaran atau berbincang dalam memutuskan sesuatu keputusan.Banyak perkara yang berlaku dalam PAKATAN RAKYAT dibuat dengan membelakangkan PAS.

Pada masa itu, nampak sangatlah PAS bagaikan tersisih dari mata DAP dan PKR semasa beberapa program dan agenda yang mereka lakukan dengan mengenepikan PAS.

Bila PAS bermuqabalah dengan UMNO , tetiba kelam kabut KARPAL SINGH meminta supaya keanggotaan PAS dalam PAKATAN RAKYAT dikaji semula dan patut dikeluarkan dari PAKATAN RAKYAT. Bertambah panas orang tua tu bila MURSIDUL PAS Datuk NIK AZIZ NIK MAT minta supaya PAS bubar dan UMNO bubar dan digantikan dengan parti lain yang lebih islamik. Fuhhh,… Macam tak boleh percaya pada pendapat KARPAL SINGH , kenyataan tersebut dikeluarkan oleh KETUA PAS sendiri.

Aku dapat rasakan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa dasar dan matlamat perjuangan dalam PAKATAN RAKYAT adalah bercanggah dengan mereka. Rata-rata rakyat pada mulanya tahu ANWAR akan memperjuangkan keTUANan MELAYU tetapi disebabkan desakan DAP, maka kini telah ditukar kepada keTUANan RAKYAT. Dah tak ada MELAYU…. ISLAM lagi la jauh…. Jangan nak haraplah nak citer pasal ISLAMIC COUNTRY kalau PAKATAN RAKYAT memerintah. Justeru itulah PAS telah nampak kesan-kesan penggabungan mereka dengan PAKATAN RAKYAT telah mencetuskan konflik fahaman agama. PAS yang sedia dimaklumkan berlandaskan ISLAM tidak dapat diterima oleh sekutunya.

Siapa lagi yang boleh membantu menaikkan kembali imej orang MELAYU kalau bukan UMNO dan PAS.. Siapa lagi yang boleh menyatupadukan semula orang MELAYU…. setelah dikecaikan dan diporakperandakan oleh ANWAR. Usah bermimpi di siang hari kalau PKR yang diharapkan dapay menyatupadukan orang MELAYU…. tambah2 ketua Umum nya…. Sekarang nih dia tengah kemaruk kuasa.. Nak bertanding di KULIM walaupun pada dasarnya ZULKIFLI NORDIN sendiri yang mahu mencuba nasib sekali lagi. Nih la jadinya kalau masing-masing dok gila pangkat/jawatan.

Aku rasa elok sangatlah pun kalau PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT. Tiada sebarang petanda pun yang boleh dilihat sebagai indikator bahawa PAS akandan telah berjaya dalam dakwahnya…. Yang aku dok nampak, PAS Cuma memperjuangkan hak-hak DAP dan PKR. Aku rasa bersatu dengan UMNO adalah satu langkah bagi mematlamatkan cita-cita PAS.

Pasal si Janggut KARPAL SINGH tu.. jangan dok kira dengan dia tu… Dia lebih kurang sama dengan TERESA KOK… hati dan perasan mereka hanya lah dok fikir macammana nak musnahkan orang MELAYU…….. Cuma dia dah TUA sedangkan Nyonya TERESA … ok lagi. Tah berapa lama KARPAL boleh tahan.. tunggu masa ja tu nak jalannnnnnnnnnnnnnn……