Mr. Podas

Posts Tagged ‘PAS’

PAS Bacul, Menikus dengan DAP

In Ubat Gegat on August 13, 2009 at 5:36 pm

Setelah melihat situasi yang berlaku pada Pakatan Rakyat SELANGOR.. terasa sebak dan pilu hati ini bila melihatkan telatah yang dimainkan oleh pemimpin PAS SELANGOR. Mereka kini seolah-olah bacul, nusyuz, penakut kepada Adun DAP sehingga sanggup diperlekehkan dengan pelbagai cara. Kes terbaru yang amat menguji kesabaran aku sebagai ahli PAS ialah campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu. Tindakan RONNIE LIU yang mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas rasmi mereka. Sememangnya tugas mereka melaksanakannya apabila mendapat lapuran dari penduduk kerana penjualan “BEER” kepada orang ISLAM. Read the rest of this entry »

Deklarasi Dubai.

In Uncategorized on September 10, 2008 at 10:20 am

PRU12 adalah punca segala-galanya. PRU12 telah menumbangkan kerajaan BN di 4 buah negeri. PRU12 telah memberi kekuatan baru kepada Kerajaan PAS Kelantan (kununnya atas faktor ketokohan dan kebijaksanaan Husam). PRU12 telah memberikan 82 kerusi Parlimen kepada pembangkang. PRU12 telah memberi keyakinan baru kepada Anwar Ibrahim untuk menjadikan mimpi dan cita-citanya sejak kecil untuk menjadi PM menjadi kenyataan.

PRU12 juga telah menjadikan PAS sebagai “King Maker” – apabila PAS bersama PR, 5 buah negeri berjaya diperintah oleh PR iaitu Kedah, Pulau Pinang (walaupun DAP selalu cakap hanya kerajaan DAP/PKR untuk menafikan kehadiran PAS), Perak, Selangor dan Kelantan dan pada masa yang sama 2/3 majoriti BN diparlimen telah dinafikan. Tetapi seandainya PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO – maka 4 buah negeri yang dikuasai oleh PR akan tumbang dan BN akan kembali memperolehi 2/3 majoriti. Dan dengan sendirinya cita-cita Anwar untuk menjadi PM akan berkubur. Kemungkinan inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Anwar Ibrahim.

Bagi Anwar, seboleh-bolehnya PAS adalah sama sekali tidak dibenarkan mendekati UMNO, apalagi bertemu atau berunding. Sejarah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang terbuka dan rational asalkan kepentingan Islam dan prinsipnya perjuangannya terbela. PAS pernah bersama dengan kerajaan Perikatan di zaman Tun Razak, Pas pernah bersama Semangat 46 dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pas juga pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor sehingga kini. Dan adalah tidak mustahil kalau PAS tiba-tiba sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan Melayu. Atas kerisauan inilah gamaknya Anwar mula merancang sesuatu untuk memastikan agar PAS tidak boleh meninggalkan PR untuk bersama dengan UMNO.

Anwar mula membuat “homework”nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau “pegang”. Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar “Al-Juburi”) dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala’ kepada PAS). Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri).

Maka perancangan diatur oleh Anwar bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Husam, memandangkan Tan Sri Khalid agak rapat dengan Husam ketika itu. Dan supaya tidak terlalu nampak perancangan mereka, maka Tan Sri Khalid mengunakan nama kerajaan negeri Selangor untuk mengadakan lawatan ekonomi ke Dubai. Penyusunan yang rapi telah dibuat agar Anwar dan Husam juga berada di Dubai sempena lawatan kerajaan negeri Selangor tersebut.

Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti. Maka kembanglah Husam dengan tawaran sedemikian. Pucuk dicita ulam mendatang. Tetapi bukan semudah itu untuk mencapainya. Beberapa tugasan telah diberikan oleh Anwar kepadanya untuk dilaksanakan supaya impian tersebut betul-betul menjadi kenyataan. Yang penting ketidakupayaan Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden menerajui PAS mesti di war-warkan untuk memberi ruang yang mudah untuk Husam naik.

Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai.

Beliau mengumpulkan “orang-orang”nya yang boleh diharap dan dipercayai seperti Syed Azman, Kamarudin Jaafar, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub dan mempengaruhi beberapa orang lagi untuk menjadi balaci mereka seperti Mujahid Yusuf, Dr. Lo’Lo’, Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dll. (entah apalah yang telah digula-gulakan Husam kepada mereka). Tugas besar mereka ialah untuk menggagalkan sebarang bentuk pertemuan diantara PAS dan UMNO. Maka bersungguh-sungguhlah mereka (secara sedar mahupun tanpa disedari) mempertikaikan dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengizinkan Presiden dan Timbalannya mengadakan pertemuan dengan UMNO. Bersungguh-sungguh jugalah mereka samada dalam ceramah mahupun kenyataan bertulis mengungkit sejarah lama UMNO dan menghentam secara membuta tuli pertemuan diantara PAS dan UMNO sehingga merendahkan martabat pimpinan tertinggi PAS (Majlis Syura, Presiden dan Timbalan Presiden) dikaca mata rakyat dan ahli PAS sendiri.

Manakala tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Tok Guru Mursyidul Am supaya beliau juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan UMNO. Sebab itulah kita melihat Tok Guru kita seringkali membuat kenyataan yang agak bercanggah dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura dan kadangkala bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri – sekejap setuju sekejap tidak setuju. Semua itu adalah hasil gerak kerja dan hasutan Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz.

Akhirnya mereka bersorak kegembiraan apabila mereka rasa gerak kerja terancang mereka membuahkan hasilnya apabila Meyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bersama dengan Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini telah membuat keputusan supaya tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama diantara PAS dan UMNO. Tetapi mereka lupa kebijaksanaan Tuan Guru Presiden apabila persetujuan lain dicapai iaitu pertemuan dengan mana-mana pihak masih tetap dibenarkan. Mereke juga lupa kebijaksanaan Majlis Syura Ulama yang masih mengekalkan keputusan mereka untuk membenarkan sebarang bentuk pertemuan dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan Melayu.

Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan “Erdogan” dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO. Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka – iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO. Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS. Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka. Hanya ulama yang berilmu, bertaqwa dan sentiasa dekat dengan Allah sahajalah yang mampu mempertahankan PAS dan prinsip perjuangannya.

Sumber dari : antihusam.blogspot.com

APA NAK JADI DENGAN NASIB PAS KALAU ANWAR JADI PM

In Uncategorized on August 11, 2008 at 11:52 am

Kesian aku tengok PAS….. Bagaikan melukut di tepi gantang.. Masih TIDAK INSAF kah PAS dengan apa yang berlaku kepada partinya??.. Apakah hati mereka telah dibutakan oleh PKR dan DAP semasa berada dalam PAKATAN RAKYAT.

Lihatlah bagaimana PAS bagaikan parti KELAS KEDUA yang tidak pernah langsung diberi tempat dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT. Pendapat dan saranan yang diberikan oleh PAS bagaikan tidak langsung didengari oleh kawan sePAKATAN. Di manakah letaknya harga diri PAS sekiranya pemimpin/ulama mereka langsung tak dihormati oleh rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR?…

Untuk apa lagi PAS perlu berada dalam PAKATAN RAKYAT??.Apakah PAS juga macam DAP atau PKR yang mabukkan kuasa … yang merasakan mereka mampu mewujudkan sebuah negara ISLAM sebagai mana “term and condition” yang diberikan kepada UMNO dulu??.. Mampukan PAS menangani pemikiran LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH ….. dah sudah semestinya ANWAR sendiri?..

Apakah PAS fikir bahawa hanya kerana ANWAR adalah bekas Pemimpin ABIM, maka sudah pasti ANWAR akan menyebelahi mereka???… Ternyata ..mereka sudah pasti tersilap. ANWAR yang mereka nampak hari ini bukanlah ANWAR yang sebelum kes LIWATnya pada tahun 1998 dahulu…. Dosa LIWATNYA terus membaluti kehidupannya sehingga membuatkan jiwanya penuh dengan tamak haloba, dengki, dendam membara dan fitnah yang amat dasyat.

Kalaulah dalam keadaan sekarang pun PAS telah diperlakukan dengan pelbagai cara yang cukup mengaibkan… bagaimana nanti jika ANWAR menjadi PM?… DAP akan naik tocang… akan membelakangi setiap keputusan yang bakal ANWAR buat. Lihat saja kerajaan negeri PERAK dan SELANGOR sekarang ini. Kedudukan MB hanyalah sebagai boneka semata-mata. Begitulah keadaannya yang berlaku kelak apabila ANWAR menjadi PM. Aku sendiri tak paham bagaimana PAS boleh menerima percaturan yang dibuat oleh ANWAR . Apakah DEMOKRASI benar-benar dilaksanakan secara ADIL dan TELUS apabila suara dan undi rakyat di PERMATANG PAUH langsung tidak bernilai.. suka hati saja nak berhenti dan diserahkan kepada suami. Kalaulah ahli Parliemen biasa tu tak apa lah.. tapi WAN AZIZAH bukankah KETUA PEMBANGKANG?. Kalaulah di PP… semua jawatan Pengerusi JKKK dan AJKKK dikuasai sepenuhnya oleh PKR walaupun di kawasan ADUN PAS….. Bagaimanakah agaknya nanti kalau ANWAR jadi PM… Sedarlah wahai Penduduk Permatang Pauh.. Sedarlah yang kita sedang diperbodohkan… oleh PELIWAT yang amat licik dalam permainan politiknya.

PAS AKAN TERUS DITEKAN…DAN DIANAK TIRIKAN

In Uncategorized on August 3, 2008 at 2:45 pm

Apabila keputusan PAS menolak pelawaan UMNO untuk bergabung di Kerajaan Negeri PERAK, aku sudah nampak bagaimana wajah LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH dan semua orang kuat DAP. Masing- masing mendongakkan muka sambil mendabik dada menyatakan bahawa PAS akan terus berada dalam telunjuk mereka.

Alasan mereka , kalau PAS nak bergabung dengan UMNO, mereka boleh lakukan semasa pertemuan sulit PAS UMNO sebelum penubuhan Kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR dulu. Harus diingat bahawa itu cuma penubuhan Kerajaan saja tanpa melihat corak pemerintahan. Kini terbukti .. pemerintahan PAKATAN RAKYAT telah menyimpang jauh dari matlamat sebenar PAS. Lihatlah bagaimana kejadian yang berlaku di KLANG , terdapat lebihkurang 5 keluarga bukan ISLAM telah menuntut supaya dibinakan rumah ibadat mereka.

Aku rasa kalaulah di zaman pemerintahan UMNO/BN dahulu, perkara sebegini tidak akan dilayan, tetapi dalam PAKATAN RAKYAT … ianya dibenarkan tanpa memikirkan sensitiviti kaum. Apa yang PAS lakukan…dalam PAKATAN RAKYAT??. Aku rasa kalau setakat menjadi Parti kelas ke DUA…. Memanglah tak mencapai hasrat mereka mewujudkan sebah negara yang menjalankan hukum ISLAM.

Rasa-rasanya .mana lebih senang untuk PAS mengembangkan syiar ISLAMnya di MALAYSIA. Dengan DAP kah atau dengan UMNO kah?… Janganlah dilihat terlalu ghairah hendak merebut pangkat sehingga mengabaikan kepentingan orang MELAYU dan ISLAM. Terdapat banyak perlantikan jawatan dalam PAKATAN RAKYAT yang telah dibuat tanpa mengambil kira kepentingan PAS dan orang MELAYU.

PAS akan terus ditekan, tidak dipedulikan dalam mengeluarkan polisi-polisi, yang hanya menonjol ialah DAP dan sedikit dari PKR…… Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Setiap kalau nak keluarkan apa-apa polisi , PAS akan diberitahukan setelah selesai . Inikah yang dikatakan rakan Kongsi????. Memerlukan PAS kerana kegilaan memegang jawatan…. Dan PAS bagaikan budak kecil yang diberikan gula..gula bagi merestui setiap projek yang DAP/PKR nak lakukan.

Sedarlah PAS,,, bangunlah dari tidurmu ……. JGN JADI HAMBA lagi…. JGN jadi parti politik kelas kedua.. yang hanya bergantung kepada DAP/ PKR. Wallahuklam….

KARPAL SINGH dan PAKATAN RAKYAT DAH MULA MELATAH….

In Uncategorized on July 28, 2008 at 8:00 pm

Sejak bila pula PAS nak kena minta kebenaran dengan DAP dan PKR untuk bermuqabalah dengan UMNO??.. Sebelum ini pun ada ker DAP dan PKR meminta kebenaran atau berbincang dalam memutuskan sesuatu keputusan.Banyak perkara yang berlaku dalam PAKATAN RAKYAT dibuat dengan membelakangkan PAS.

Pada masa itu, nampak sangatlah PAS bagaikan tersisih dari mata DAP dan PKR semasa beberapa program dan agenda yang mereka lakukan dengan mengenepikan PAS.

Bila PAS bermuqabalah dengan UMNO , tetiba kelam kabut KARPAL SINGH meminta supaya keanggotaan PAS dalam PAKATAN RAKYAT dikaji semula dan patut dikeluarkan dari PAKATAN RAKYAT. Bertambah panas orang tua tu bila MURSIDUL PAS Datuk NIK AZIZ NIK MAT minta supaya PAS bubar dan UMNO bubar dan digantikan dengan parti lain yang lebih islamik. Fuhhh,… Macam tak boleh percaya pada pendapat KARPAL SINGH , kenyataan tersebut dikeluarkan oleh KETUA PAS sendiri.

Aku dapat rasakan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa dasar dan matlamat perjuangan dalam PAKATAN RAKYAT adalah bercanggah dengan mereka. Rata-rata rakyat pada mulanya tahu ANWAR akan memperjuangkan keTUANan MELAYU tetapi disebabkan desakan DAP, maka kini telah ditukar kepada keTUANan RAKYAT. Dah tak ada MELAYU…. ISLAM lagi la jauh…. Jangan nak haraplah nak citer pasal ISLAMIC COUNTRY kalau PAKATAN RAKYAT memerintah. Justeru itulah PAS telah nampak kesan-kesan penggabungan mereka dengan PAKATAN RAKYAT telah mencetuskan konflik fahaman agama. PAS yang sedia dimaklumkan berlandaskan ISLAM tidak dapat diterima oleh sekutunya.

Siapa lagi yang boleh membantu menaikkan kembali imej orang MELAYU kalau bukan UMNO dan PAS.. Siapa lagi yang boleh menyatupadukan semula orang MELAYU…. setelah dikecaikan dan diporakperandakan oleh ANWAR. Usah bermimpi di siang hari kalau PKR yang diharapkan dapay menyatupadukan orang MELAYU…. tambah2 ketua Umum nya…. Sekarang nih dia tengah kemaruk kuasa.. Nak bertanding di KULIM walaupun pada dasarnya ZULKIFLI NORDIN sendiri yang mahu mencuba nasib sekali lagi. Nih la jadinya kalau masing-masing dok gila pangkat/jawatan.

Aku rasa elok sangatlah pun kalau PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT. Tiada sebarang petanda pun yang boleh dilihat sebagai indikator bahawa PAS akandan telah berjaya dalam dakwahnya…. Yang aku dok nampak, PAS Cuma memperjuangkan hak-hak DAP dan PKR. Aku rasa bersatu dengan UMNO adalah satu langkah bagi mematlamatkan cita-cita PAS.

Pasal si Janggut KARPAL SINGH tu.. jangan dok kira dengan dia tu… Dia lebih kurang sama dengan TERESA KOK… hati dan perasan mereka hanya lah dok fikir macammana nak musnahkan orang MELAYU…….. Cuma dia dah TUA sedangkan Nyonya TERESA … ok lagi. Tah berapa lama KARPAL boleh tahan.. tunggu masa ja tu nak jalannnnnnnnnnnnnnn……