Mr. Podas

Posts Tagged ‘Wolfowitz’

ANWAR IBRAHIM – BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6 ??

In Uncategorized on May 14, 2008 at 2:17 pm

ANWAR IBRAHIM … nama yang kononnya semakin GAH .. di persada politik MALAYSIA. Pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya oleh penyokongnya … termasuklah.. PEMIMPIN RAKYAT, PENYATUPADU KAUM, PEMIMPIN BERWAWASAN BARU dan macam-macam lagi. Adakah dengan pelbagai gelaran yang diberikan sudah melayakkan dia memegang jawatan Perdana Menteri MALAYSIA?… Apakah kita yakin dengan manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini.Rasanya …kita telah salah dan terbawa-bawa dengan sentimen yang dipolitikkan olehnya dan partinya. Kita belum mengenali siapa sebenarnya manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM. Kita tak tahu apakan sebenar hala dan tujuannya ANWAR yang mahu sangat-sangat menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana ANWAR boleh diterima sebagai bakal Perdana Menteri??. Tahu kah kita bagaimana hubungan ANWAR dengan pelbagai individu dan NGO luar Negara? Tahukan kita bagaimana akrabnya hubungan ANWAR dengan WOLFOWITZ…– orang yang menghalalkan pembunuhan lebih sejuta rakyat IRAQ. Kita semua tahu bahawa WOLFOWITZ merupakan pengikut fahaman NEO CONSERVATIVE yang mendokong gerakan ISRAEL dalam menghancurkan negara- negara ISLAM. Dia lah juga yang telah membantu memberikan jawatan kepada ANWAR sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies,Johns Hopkins University dan St. Anthony’s College, Oxford University. Kalaulah ANWAR tak bersetongkol dengannya , bagaimana mereka menjadi begitu akrab… sehinggakan WOLFOWITZ telah membuat penulisan dengan menyatakan bahawa ANWAR antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia.

Mengapa ANWAR sanggup menjadi presiden di sebuah Pertubuhan NGO antarabangsa “Foundation of the Future” yang mendokong segala wawasan AMERIKA SYARIKAT. Yang paling menghairankan bagaimana ANWAR boleh dilantik ke jawatan tersebut melainkan dia memberikan komitmen yang jitu kepada NGO dan AMERIKA SYARIKAT itu sendiri. Apakah ANWAR merupakan anak didik AMERIKA SYARIKAT???…

Kita perlu pandang jauh ke hadapan.. Apa yang PAS boleh lakukan sekiranya ANWAR menjadikan MALAYSIA sekutu AMERIKA SYARIKAT??… Apakah harapan dan impian PAS untuk mewujudkan DAULAH ISLAMIYAH (NEGARA ISLAM) menjadi kenyataan atau hanya igauan di siang hari??…

Satu lagi, aku terfikir jugak, masa pilihanraya lepas, banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan. Secara rasionalnya la, bagaimana sebuah parti yang baru sahaja terbentuk kira-kira 10 tahun yang lalu boleh menjadi sebuah parti yang mewah untuk membiayai setiap ahli-ahli mereka menjadi calon. Sedangkan parti PAS yang telah lama bertapak mengumpul peruntukan mereka hasil dari sedekah ahli yang hadir mendengar ceramah mereka. PAS nampaknya lebih telus dalam perjuangan mereka. Jadi tidak mustahil Parti keadilan mendapat peruntukanatau dana dari luar dan tidak bukan dari Wolfowitz (sekutu yahudi).

Yang Pasti…. Aku tak rela MALAYSIA terus dimusnahkan demi agenda lelaki jahat bernama ANWAR IBRAHIM..